Thursday, 9 October 2014

Inovasi Kit Penapisan Air

                                                              Kit Penapisan Air 

Bahan

Antara bahan yang kami gunakan dalam penghasilan model ini adalah :
1 .    Botol air mineral 5 liter
2 .    Pasir
3 .    Batu kerikil halus
4 .    Batu kerikil kasar
5 .    Dawai kasa
6 .    Kertas penuras

7 .    Kapas

Cara penyediaan

1.    Potong botol air mineral kepada dua bahagian.
2.    Tebuk lubang di bahagian penutup air mineral.
3.    Masukkan dawai kasa di bahagian bawah sekali.
4.    Masukkan kertas penuras dan diikuti dengan kapas.
5.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan pasir.
6.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan batu kerikil kecil.
7.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan batu kerikil kasar.
8.    Masukkan dawai kasa dan diikuti kertas penuras dan kapas di bahagian atas sekali.

Kesemua bahan ini disusun secara bertingkat di dalam botol air mineral.

Cara penggunaan

1.    Masukkan air yang dipenuhi dengan mendapan secara perlahan-lahan ke dalam model itu.
2.    Tadahkan air yang keluar daripada kit dengan menggunakan besen.
3.    Tunggu sehingga kesemua air keluar daripada model itu.
4.    Ulangi langkah 1-3 sebanyak 3 hingga 4 kali sehingga tiada mendapan yang terdapat di dalam air yang dikeluarkan daripada model itu.

Hasil Proses Penapisan Air




1. Air dari longkang yang penuh dengan lumpur dan mendakan tanah di sediakan di dalam besen


2. Persediaan pertama dalam membina kit penapisan air pada lapisan pertama ialah dengan meletakkan kapas dan dawai kasa.



3. Persediaan langkah ketiga adalah meletakkan pasir.


4. Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan batu kerikil kecil dan batu kerikil kasar.
                                   dan diikuti kertas penuras dan kapas di bahagian atas sekali.


5. Maka, siaplah Kit Penapisan Air. Maka air yang di dalam besen itu mulai diletakkan. 


Keputusan Hasil Kit Penapisan Air 


1. Rajah menunjukkan penapisan kali pertama 


2. Rajah menunjukkan penapisan kali kedua


3. Rajah menunjukkan penapisan kali ketiga




4. Rajah menunjukkan penapisan kali ke empat



5. Rajah menunjukkan penapisan kali kelima





6. Rajah menunjukkan penapisan kali keenam, di mana 
air menjadi lebih jernih



 Selamat Mencuba ;)





Analisis Program Inovasi Kit Penapisan Air

Analisis Program Pameran Penapisan Air

Jadual 1 menunjukkan jawapan borang maklum balas murid mengikut item
Bil.
Item
Ya
Tidak
1.
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
32
18
2.
Tempat pameran dijalankan sesuai
41
9
3.
Kit penapisan air menarik
27
23
4.
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
40
10
5.
Anda faham bagaimana kit penapisan air ini berfungsi
28
22
6.
Penerangan daripada guru mudah difahami
33
17
7.
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air daripada pameran ini.
35
15
8.
Kit penapis air ini dapat membantu mengurangkan pencemaran air di sekolah ini
37
13


Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan borang maklum balas murid dalam bentuk peratus(%)
Bil.
Item
Ya (%)
Tidak(%)
1.
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
80
20
2.
Tempat pameran dijalankan sesuai
82
18
3.
Kit penapisan air menarik
54
46
4.
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
80
20
5.
Anda faham bagaimana kit penapisan air ini berfungsi
56
44
6.
Penerangan daripada guru mudah difahami
66
34
7.
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air daripada pameran ini.
70
30
8.
Kit penapis air ini dapat membantu mengurangkan pencemaran air di sekolah ini
74
26

Laporan Program Inovasi

LAPORAN PELAKSANAAN INOVASI

KIT PENAPISAN AIR 

1.0  Nama: NorSyahirah Binti Mohamad Aziz
2.0  Program: PISMP Ambilan Januari 2011
3.0  Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
4.0  Nama Projek: Program Minggu Sains 2014 (Tema: Sayangi Alam Sekitar)
5.0  Tempoh Pelaksanaan: 1 Minggu

 1.0 OBJEKTIF:
1.1  Menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Sains
1.2  Memupuk sikap sayangi alam sekitar dengan cara menjaga kebersihan air
1.3  Mencungkil bakat sedia ada dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
1.4  Melahirkan murid yang lebih berfikiran kreatif dan kritis

 2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1  Pada 11 Julai 2104 satu mesyuarat kecil telah diadakan antara kesemua guru pelatih bersama dengan guru-guru dari Panitia Sains. Mesyuarat kecil itu telah dijalankan di bilik mesyuarat sekolah pada jam 12 tengah hari. Hasil dari mesyuarat itu adalah kesemua guru pelatih bersama guru-guru dari Panitia Sains telah bersetuju untuk mengadakan Program Minggu Sains 2014 SK Taman Pantai Sepang Putra. Semasa dalam mesyuarat, beberapa idea telah dijana dan diberikan kepada kami oleh guru-guru Panitia Sains. Antaranya adalah melaksanakan satu kit inovasi penapisan air dan pembentangan melalui slaid dan tayangan video mengenai kepentingan menjaga kebersihan air.
2.2 Keesokkan harinya, satu rancangan perjalanan aktiviti dirangka antara semua guru pelatih pengkhususan Sains, di mana perbincangan meliputi rangka permulaan kerja yang perlu dimulakan dahulu dan penetapan tarikh untuk dilaksanakan projek yang berkaitan subjek Sains. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah sebulat suara untuk melaksanakan program Minggu Sains ini pada minggu keempat internship, iaitu selepas dari cuti hari raya.
2.3 Pada 18 Julai 2014, kertas kerja direncanakan dan mulai dihantar kepada Guru Besar bagi mendapatkan cop pengesahan.

2.4 Aktiviti dimulakan pada 6 Ogos 2014 dengan permulaan tugasannya adalah membuat satu pelancaran bagi Minggu Sains 2014 di perhimpunan rasmi hari Isnin. Tugasan bagi pelancaran ini melibatkan kami membuat satu gimik pelancaran dan seterusnya menghebahkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Minggu Sains di mana ianya akan berlangsung pada 6 dan 7 ogos 2014. Tema untuk Minggu Sains ini adalah Sayangi Alam Sekitar
2.5 Pada 6 Ogos 2014 aktiviti yang berlangsung adalah pameran dan ianya diadakan di Bilik Sains 2. Murid dibenarkan melawat ke pameran hanya ketika waktu rehat mereka. Murid telah diberikan satu pembentangan tayangan slaid dan video yang menerangkan mengenai kit inovasi penapisan air dan juga kepentingan untuk manusia menjaga kebersihan air. Murid juga telah ditunjukkan satu contoh kit penapisan air dan keputusan air hasil daripada kit penapis air tersebut secara maujud. Selain daripada pameran, kami juga turut merencana beberapa aktiviti yang lain seperti pertandingan mewarna. Bagi pertandingan mewarna untuk Tahap 1, ianya diadakan pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir sehingga jam 1.00 petang. Bagi pertandingan melukis poster untuk Tahap 2 pula, ianya bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.
2.6 Pada 6 Ogos 2014 aktiviti pameran mengenai inovasi dan tayangan slaid dan video mengenai kepentingan menjaga kebersihan air turut dijalankan. Di samping terdapat aktiviti kuiz di perhimpunan pagi dan juga meneka isi padu air. Di kala waktu senggang, kami telah membalut hadiah dan cuba mencari pemenang kepada pertandingan yang telah dijalankan semasa Minggu Sains.
2.7 Pemberian hadiah kepada para pemenang dijalankan pada 8 Ogos 2014.


  3.0 REFLEKSI
3.1 KEKUATAN PROGRAM
Setelah selesai melaksanakan program ini, saya dapati terdapat banyak kekuatan yang terdapat sepanjang menjalankan program ini. Kekuatan pertama yang ketara adalah dari aspek ianya dapat menarik minat murid-murid di SK Taman Pantai Sepang Putra untuk lebih menyukai subjek Sains. Dengan penyediaan aktiviti yang menarik seperti mempamerkan kit-kit, radas dan alatan, atau model Sains yang menarik, ini tentunya dapat memupuk sikap cintakan subjek Sains dalam diri murid.
Kekuatan yang lain adalah melalui pameran ini ianya dapat memberi pendedahan buat murid-murid mengenai kepentingan dalam menjaga alam sekitar terutamanya menjaga kebersihan air. Ini tentunya memberi satu pengetahuan baharu buat murid yang mana dapat mereka gunakan atau aplikasikan ia dalam kehidupan harian mereka.
Seterusnya adalah ianya juga dapat mencungkil bakat lain yang terpendam dalam diri murid. Contohnya seperti pertandingan mewarna dan melukis. Dengan terdapatnya pertandingan ini maka akan terlahirlah ramai artis seni lukisan yang dapat dikesan dan boleh digilap bakatnya.
 Kekuatan yang terakhir adalah ianya juga menyampaikan satu mesej yang amat berguna untuk murid-murid. Ini adalah berdasarkan dari tema lukisan, iaitu “Sayangi Alam Sekitar” yang jelas dapat memupukkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid supaya mnjaga dan mencintai alam sekitar mereka.

 3.2 KELEMAHAN PROGRAM

Walaupun program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, namun masih terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang ketara adalah dari aspek lawatan waktu melawat ke pameran adalah sangat singkat. Waktu untuk melawat ke pameran bagi murid-murid adalah semasa waktu rehat. Ianya adalah satu tempoh waktu yang amat singkat kerana dalam tempoh 20 minit murid perlu ke kantin untuk makan dan selebihnya melawat ke pameran. Ini tentunya menghadkan masa mereka untuk melawat ke pameran Sains.
Kelemahan lain yang saya dapati adalah dari aspek penyediaan soalan kuiz yang hanya tertumpu kepada murid tahun 1 sehingga tahun 5 sahaja. Ini tentunya tidak adil bagi  murid Tahun 6.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan ke atas inovasi tersebut adalah guru perlu membuat satu rakaman video mengenai bagaimana cara membuat model penapisan air tersebut daripada hanya menerangkan bagaimana membina model tersebut melalui tayangan slaid. Dengan tayangan video tersebut, membolehkan murid lebih mempunyai kefahaman yang mendalam dan gambaran yang lebih jelas terhadap cara membina model penapisan air ini.

Penambahbaikan yang lain adalah mengenai model penapisan air tersebut. Model tersebut seharusnya dibina dalam pelbagai saiz. Sebagai contoh, guru juga boleh membina model penapisan air dari botol yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk memberi idea kepada murid dan seterusnya menggalakkan murid untuk mencuba membina ia ketika dirumah. Saiz model yang lebih kecil adalah lebih fleksibel, ringan, mudah didapati (botol mudah didapati) dan mudah dibawa oleh murid. Untuk itu, ini secara tidak langsung, dengan pengenalan kepada model penapisan air yang lebih kecil skalanya akan menggalakkan murid untuk mencuba membinanya ketika di rumah.

Seterusnya, adalah dari aspek pengendalian program pameran untuk inovasi penapisan air. Pengenalan model inovasi kepada murid atau pelawat yang melawat ke pameran adalah melalui tayangan video. Untuk itu, antara penambahbaikan yang dapat dilaksanakan adalah menwujudkan satu slot membina model penapisan air ini bersama murid ketika berlangsungnya hari pameran Sains tersebut. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman membina model penapis air sendiri.
Antara penambahbaikan lain adalah dari aspek meluaskan lagi kumpulan sasaran iaitu dengan menayangkan tayangan video dan slaid mengenai model penapisan air dan kepentingan menjaga kebersihan air kepada seluruh warga sekolah. Peluang ini dapat dijalankan ketika perhimpunan di sekolah. Untuk itu, mesej murni ini dapat disampaikan kepada seluruh warga sekolah dan ini tentunya dapat memberikan lebih banyak manfaat kerana mesej mengenai kesedaran dalam menjaga kebersihan air dapat diperluas kepada lebih ramai respondan. Penambahbaikan ini perlu dilakukan kerana pelaksanaan inovasi yang telah dilakukan ketika di Minggu Sains yang lalu, hanya terhad kepada pengunjung yang berpeluang melawat ke pameran kami sahaja. Untuk itu, jika ia dilakukan ketika di perhimpunan maka ilmu yang baharu dan mesej yang murni ini akan dapat diperoleh kepada semua warga sekolah.

Penambahbaikan yang terakhir adalah dari aspek model inovasi tersebut. Model yang telah dibina tidak dapat ditegakkan dengan kukuh secara sendiri. Model ini memerlukan guru untuk memegangnya bagi membolehkan berlakunya proses penapisan air berjalan dengan lancar. Ini menjadikan pengendalian menggunakan model tersebut untuk melaksanakan poses penapisan air  adalah sukar. Saiz model yang besar, berat dan perlu dipegang bagi menegakkan botol (model) menjadikan ia tidak mesra pengguna. Untuk itu, penambahbaikannya adalah dengan meningkatkan lagi nilai komersial model penapis air tersebut iaitu dengan mencipta model tersebut yang dapat berdiri tegak, dan tidak berat.


5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya keseluruhan projek boleh dikatakan agak berjaya walaupun terdapat serba sedikit kekurangan atau kelemahan namun ianya masih boleh dipertingkatkan lagi. Adalah diharapkan program ini telah banyak memberikan manfaat kepada murid.