LAPORAN PELAKSANAAN INOVASI
KIT PENAPISAN AIR
1.0 Nama: NorSyahirah Binti Mohamad Aziz
2.0 Program: PISMP Ambilan Januari 2011
3.0 Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Pantai
Sepang Putra
4.0 Nama Projek: Program Minggu Sains 2014 (Tema:
Sayangi Alam Sekitar)
5.0 Tempoh Pelaksanaan: 1 Minggu
1.0 OBJEKTIF:
1.1 Menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Sains
1.2 Memupuk sikap
sayangi alam sekitar dengan cara menjaga kebersihan air
1.3 Mencungkil bakat
sedia ada dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
1.4 Melahirkan murid
yang lebih berfikiran kreatif dan kritis
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Pada 11 Julai
2104 satu mesyuarat kecil telah diadakan antara kesemua guru pelatih bersama
dengan guru-guru dari Panitia Sains. Mesyuarat kecil itu telah dijalankan di
bilik mesyuarat sekolah pada jam 12 tengah hari. Hasil dari mesyuarat itu
adalah kesemua guru pelatih bersama guru-guru dari Panitia Sains telah
bersetuju untuk mengadakan Program Minggu Sains 2014 SK Taman Pantai Sepang
Putra. Semasa dalam mesyuarat, beberapa idea telah dijana dan diberikan kepada
kami oleh guru-guru Panitia Sains. Antaranya adalah melaksanakan satu kit
inovasi penapisan air dan pembentangan melalui slaid dan tayangan video
mengenai kepentingan menjaga kebersihan air.
2.2 Keesokkan harinya, satu rancangan perjalanan aktiviti
dirangka antara semua guru pelatih pengkhususan Sains, di mana perbincangan
meliputi rangka permulaan kerja yang perlu dimulakan dahulu dan penetapan
tarikh untuk dilaksanakan projek yang berkaitan subjek Sains. Hasil daripada
perbincangan tersebut, kami telah sebulat suara untuk melaksanakan program
Minggu Sains ini pada minggu keempat internship, iaitu selepas dari cuti hari
raya.
2.3 Pada 18 Julai 2014, kertas kerja direncanakan dan
mulai dihantar kepada Guru Besar bagi mendapatkan cop pengesahan.
2.4 Aktiviti dimulakan pada 6 Ogos 2014 dengan permulaan
tugasannya adalah membuat satu pelancaran bagi Minggu Sains 2014 di perhimpunan
rasmi hari Isnin. Tugasan bagi pelancaran ini melibatkan kami membuat satu
gimik pelancaran dan seterusnya menghebahkan aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam Minggu Sains di mana ianya akan berlangsung pada 6 dan 7 ogos 2014. Tema
untuk Minggu Sains ini adalah Sayangi Alam Sekitar
2.5 Pada 6 Ogos 2014 aktiviti yang berlangsung adalah
pameran dan ianya diadakan di Bilik Sains 2. Murid dibenarkan melawat ke
pameran hanya ketika waktu rehat mereka. Murid telah diberikan satu
pembentangan tayangan slaid dan video yang menerangkan mengenai kit inovasi
penapisan air dan juga kepentingan untuk manusia menjaga kebersihan air. Murid
juga telah ditunjukkan satu contoh kit penapisan air dan keputusan air hasil
daripada kit penapis air tersebut secara maujud. Selain daripada pameran, kami
juga turut merencana beberapa aktiviti yang lain seperti pertandingan mewarna.
Bagi pertandingan mewarna untuk Tahap 1, ianya diadakan pada pukul 12.00 tengah
hari dan berakhir sehingga jam 1.00 petang. Bagi pertandingan melukis poster
untuk Tahap 2 pula, ianya bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan berakhir
pada pukul 1.30 tengah hari.
2.6 Pada 6 Ogos 2014 aktiviti pameran mengenai inovasi
dan tayangan slaid dan video mengenai kepentingan menjaga kebersihan air turut
dijalankan. Di samping terdapat aktiviti kuiz di perhimpunan pagi dan juga
meneka isi padu air. Di kala waktu senggang, kami telah membalut hadiah dan
cuba mencari pemenang kepada pertandingan yang telah dijalankan semasa Minggu
Sains.
2.7 Pemberian hadiah kepada para pemenang dijalankan pada
8 Ogos 2014.
3.0 REFLEKSI
3.1 KEKUATAN PROGRAM
Setelah selesai melaksanakan program ini, saya dapati
terdapat banyak kekuatan yang terdapat sepanjang menjalankan program ini.
Kekuatan pertama yang ketara adalah dari aspek ianya dapat menarik minat
murid-murid di SK Taman Pantai Sepang Putra untuk lebih menyukai subjek Sains.
Dengan penyediaan aktiviti yang menarik seperti mempamerkan kit-kit, radas dan
alatan, atau model Sains yang menarik, ini tentunya dapat memupuk sikap
cintakan subjek Sains dalam diri murid.
Kekuatan yang lain adalah melalui pameran ini ianya dapat
memberi pendedahan buat murid-murid mengenai kepentingan dalam menjaga alam
sekitar terutamanya menjaga kebersihan air. Ini tentunya memberi satu
pengetahuan baharu buat murid yang mana dapat mereka gunakan atau aplikasikan
ia dalam kehidupan harian mereka.
Seterusnya adalah ianya juga dapat mencungkil bakat lain
yang terpendam dalam diri murid. Contohnya seperti pertandingan mewarna dan
melukis. Dengan terdapatnya pertandingan ini maka akan terlahirlah ramai artis
seni lukisan yang dapat dikesan dan boleh digilap bakatnya.
Kekuatan yang
terakhir adalah ianya juga menyampaikan satu mesej yang amat berguna untuk
murid-murid. Ini adalah berdasarkan dari tema lukisan, iaitu “Sayangi Alam
Sekitar” yang jelas dapat memupukkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid
supaya mnjaga dan mencintai alam sekitar mereka.
3.2 KELEMAHAN PROGRAM
Walaupun program ini telah dilaksanakan dengan jayanya,
namun masih terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang ketara adalah
dari aspek lawatan waktu melawat ke pameran adalah sangat singkat. Waktu untuk
melawat ke pameran bagi murid-murid adalah semasa waktu rehat. Ianya adalah
satu tempoh waktu yang amat singkat kerana dalam tempoh 20 minit murid perlu ke
kantin untuk makan dan selebihnya melawat ke pameran. Ini tentunya menghadkan
masa mereka untuk melawat ke pameran Sains.
Kelemahan lain yang saya dapati adalah dari aspek
penyediaan soalan kuiz yang hanya tertumpu kepada murid tahun 1 sehingga tahun
5 sahaja. Ini tentunya tidak adil bagi
murid Tahun 6.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara
penambahbaikan yang dapat dilakukan ke atas inovasi tersebut adalah guru perlu
membuat satu rakaman video mengenai bagaimana cara membuat model penapisan air
tersebut daripada hanya menerangkan bagaimana membina model tersebut melalui
tayangan slaid. Dengan tayangan video tersebut, membolehkan murid lebih mempunyai
kefahaman yang mendalam dan gambaran yang lebih jelas terhadap cara membina
model penapisan air ini.
Penambahbaikan
yang lain adalah mengenai model penapisan air tersebut. Model tersebut
seharusnya dibina dalam pelbagai saiz. Sebagai contoh, guru juga boleh membina
model penapisan air dari botol yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk memberi
idea kepada murid dan seterusnya menggalakkan murid untuk mencuba membina ia
ketika dirumah. Saiz model yang lebih kecil adalah lebih fleksibel, ringan,
mudah didapati (botol mudah didapati) dan mudah dibawa oleh murid. Untuk itu,
ini secara tidak langsung, dengan pengenalan kepada model penapisan air yang
lebih kecil skalanya akan menggalakkan murid untuk mencuba membinanya ketika di
rumah.
Seterusnya,
adalah dari aspek pengendalian program pameran untuk inovasi penapisan air.
Pengenalan model inovasi kepada murid atau pelawat yang melawat ke pameran
adalah melalui tayangan video. Untuk itu, antara penambahbaikan yang dapat
dilaksanakan adalah menwujudkan satu slot membina model penapisan air ini
bersama murid ketika berlangsungnya hari pameran Sains tersebut. Ini adalah
untuk memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman membina model
penapis air sendiri.
Antara
penambahbaikan lain adalah dari aspek meluaskan lagi kumpulan sasaran iaitu
dengan menayangkan tayangan video dan slaid mengenai model penapisan air dan
kepentingan menjaga kebersihan air kepada seluruh warga sekolah. Peluang ini
dapat dijalankan ketika perhimpunan di sekolah. Untuk itu, mesej murni ini
dapat disampaikan kepada seluruh warga sekolah dan ini tentunya dapat
memberikan lebih banyak manfaat kerana mesej mengenai kesedaran dalam menjaga
kebersihan air dapat diperluas kepada lebih ramai respondan. Penambahbaikan ini
perlu dilakukan kerana pelaksanaan inovasi yang telah dilakukan ketika di
Minggu Sains yang lalu, hanya terhad kepada pengunjung yang berpeluang melawat
ke pameran kami sahaja. Untuk itu, jika ia dilakukan ketika di perhimpunan maka
ilmu yang baharu dan mesej yang murni ini akan dapat diperoleh kepada semua
warga sekolah.
Penambahbaikan
yang terakhir adalah dari aspek model inovasi tersebut. Model yang telah dibina
tidak dapat ditegakkan dengan kukuh secara sendiri. Model ini memerlukan guru
untuk memegangnya bagi membolehkan berlakunya proses penapisan air berjalan
dengan lancar. Ini menjadikan pengendalian menggunakan model tersebut untuk
melaksanakan poses penapisan air adalah
sukar. Saiz model yang besar, berat dan perlu dipegang bagi menegakkan botol
(model) menjadikan ia tidak mesra pengguna. Untuk itu, penambahbaikannya adalah
dengan meningkatkan lagi nilai komersial model penapis air tersebut iaitu
dengan mencipta model tersebut yang dapat berdiri tegak, dan tidak berat.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya keseluruhan projek boleh dikatakan agak
berjaya walaupun terdapat serba sedikit kekurangan atau kelemahan namun ianya
masih boleh dipertingkatkan lagi. Adalah diharapkan program ini telah banyak
memberikan manfaat kepada murid.
No comments:
Post a Comment